Catatan Yang Ditampilkan

Minyak Lintah Gunung Asli MLTGA Oil Plus

Khasiat Minyak Lintah Gunung Asli  MLTGA Oil Plus Kenapa Minyak Lintah MLTGA?? Minyak Lintah Tradisi Gunung Asli...MEMANG POWER!!! - Meru...

Sabtu, 19 Mei 2018

Johann Zarco Mengharap Tuah Petak Pertama



PELUMBA Perancis, Johann Zarco berharap rekod terpantas yang dipecahkan di Litar Le Mans ketika sesi kelayakan Grand Prix (GP) Perancis, hari ini memberinya kelebihan untuk memenangi perlumbaan sulungnya di kancah MotoGP.

Penunggang pasukan Monster Tech3 Yamaha itu menyambar petak utama selepas merekodkan catatan terpantas satu minit  31.185 saat (s) mengatasi juara dunia, Marc Marquez yang terpaksa berpuas hati di petak kedua.

Melengkapkan barisan depan bagi perlumbaan, esok ialah pelumba Itali dan Ducati, Danilo Petrucci.


Selepas dinobatkan selaku pelumba MotoGP baharu terbaik pada musim lalu, Zarco masih belum merasai nikmat menjuarai perlumbaan dalam saingan di kelab perdana itu.

Tetapi selepas setahun mendaki podium pertamanya di MotoGP di Le Mans, pelumba berusia 27 tahun itu tampak bersedia untuk menamatkan kemarau kemenangan.

“Ia sukar untuk dipercayai, perasaan yang cukup istimewa,” kata Zarco. “Saya tidak menjangkakan untuk tampil dengan prestasi amat baik di sini.

“Saya terkejut dengan kepantasan yang saya lakukan, sukar untuk saya percaya apabila saya melihat catatan masa. Terima kasih tidak terhingga kepada peminat kerana mereka memberikan saya semangat tambahan.

“Kita lihat esok sama ada ia mampu untuk memberikan saya kemenangan,” katanya yang sah menyertai pasukan KTM pada saingan MotoGP musim depan.

Kemenangan pertama esok akan membuktikan kemampuan Zarco selepas dia meletakkan dirinya selaku pencabar kejuaraan pada awal kempen musim ini.

Selepas menamatkan perlumbaan di GP Argentina di tangga kedua, rakan sepasukan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah itu ketika ini berada di kedudukan kedua kategori pelumba di belakang Marquez selepas empat pusingan.

Kredit : Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan