Mahathir berkata, beberapa agensi itu termasuk Majlis Profesor Negara (MPN); Jawatan Hal Ehwal Khas (Jasa); Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
“MPN pada awalnya ditubuhkan sebagai badan untuk memperoleh maklumat daripada mereka berpengetahuan tinggi, namun akhirnya berunsur politik dan dipergunakan kerajaan terdahulu,” ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata khidmat JKKKP di seluruh juga akan dihentikan kerana lebih banyak berunsur politik berbanding menjalankan tugas pentadbiran.
“Kita sudah ada pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan beri ganjaran kepada JKKKP kerana kita tidak mahu amalkan politik seperti kerajaan terdahulu,” katanya.
Beliau berkata gaji dibayar kepada JKKKP seolah-olah menjadi kerajaan tambahan dalam pentadbiran.
Terdahulu Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di pejabat rasmi beliau di Jabatan Perdana Menteri yang turut dihadiri kesemua menteri kabinet Pakatan Harapan (Harapan) yang baharu dilantik
Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan