SABAK BERNAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri
Jamal Md Yunos menafikan menghilangkan diri, sebaliknya mendakwa berlaku salah
faham apabila beranggapan proses ikat jamin terhadapnya telah selesai dan
sempurna.
Jamal
menerusi rakaman suara yang dihantar beliau dalam aplikasi WhatsApp kumpulan
media berkata, beliau bergegas keluar dari hospital itu kerana mengejar masa
untuk mengeluarkan wang Tabung Haji bagi membiayai kos reman dan sebagainya.
"Pada jam 3. 15 (petang, Jumaat lalu), saya telah selesai kes tersebut dan
telah pun keluar dari hospital kerana mendapati reman saya habis, jaminan saya
terhadap tuduhan tersebut telah dijamin oleh penjamin saya," katanya.
Bagaimanapun,
katanya, setelah berjaya mengeluarkan wang, beliau menerima panggilan sedang
diburu pihak polis kerana didakwa melarikan diri dari hospital berkenaan.
"Sebab
itulah dalam keadaan saya kurang sihat, saya berpendapat lebih baik saya
berehat dulu," katanya.
Manfaat Minyak Lintah Gunung Asli MLTGA Oil Plus
Jamal
memberitahu, beliau akan hadir ke balai polis seperti diarahkan dan memberikan
kerjasama sepenuhnya.
"Bagi
saya perkara ini adalah salah faham, kerana pada anggapan saya mungkin proses
itu telah pun selesai, tetapi ada beberapa dokumen selepas jaminan yang saya
baca tidak tandatangani," katanya.
Sementara
itu, Ketua Kumpulan Peguam yang mewakili Jamal, Datuk Mohd Imran Tamrin
berkata, beliau telah dihubungi anak guamnya yang memaklumkan sedia memberikan
kerjasama sebaiknya kepada pihak polis untuk menyempurnakan proses ikat jamin
tempoh hari.
"Beliau
(Jamal) memaklumkan masih belum sihat sepenuhnya dan dalam proses penyembuhan.
"Beliau
akan hadir ke mahkamah untuk menyempurnakan proses ikat jamin dan memberikan kerjasama
kepada pihak polis setelah sihat," katanya.
Menurutnya,
pihaknya percaya berlaku sedikit salah faham, sehingga perkara dan situasi anak
guamnya itu telah dieksploitasi dengan tanggapan negatif.
SUMBER : Sinar Harian Online
Kini Berwajah Baru
PROMOSI TERHAD HARI RAYA. TINGGAL 3 HARI SAHAJA LAGI




Tiada ulasan:
Catat Ulasan